AGRESIF MEGAH (M) SDN BHD

Photo

Syarikat Kami

AGRESIF MEGAH (M) SDN BHD ditubuhkan pada 10 Mac 1992 diilhamkan oleh Allahyarham En. Abdul Rahman yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembekalan selama 30 tahun. AGRESIF MEGAH (M) SDN BHD awalnya hanya membekalkan kertas untuk Percetakan Nasional Berhad sebelum beralih ke pembekalan pelbagai alat tulis dan keperluan pejabat untuk pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Operasi AGRESIF MEGAH (M) SDN BHD tertumpu kepada bidang pembekalan yang berkonsepkan "ONE STOP OFFICE SUPPLIES". Kami menawarkan produk yang bermutu tinggi dan dipercayai, disamping menawarkan servis yang terbaik pada harga yang kompetitif. Antara contoh barangan AGRESIF MEGAH (M) SDN BHD termasuk alat tulis, mesin pejabat, toner, katrij, perkhidmatan percetakan, perabot, panel pameran, alat perhubungan, kamera, cenderamata dan hadiah, peralatan dan pakaian, dan perkakas komputer.

Visi Kami

Di AGRESIF MEGAH (M) SDN BHD kami menyasarkan untuk menjadi francais dalam masa terdekat. Kami merancang untuk melancarkan kiosk kami sendiri yang dipanggil MyTulis Kiosk di semua negeri di Malaysia. Kiosk kami menawarkan kemudahan untuk pelanggan dengan menyediakan akses cepat dan mudah kepada alat tulis, bekalan kertas, perkhidmatan cetak/fotostat dan banyak lagi. Kiosk ini akan dibina di tempat-tempat seperti universiti, kawasan perumahan apartmen/flat, pusat beli belah, dan tempat-tempat lain yang sesuai.

Kami juga mengalu-alukan mana-mana ahli perniagaan atau usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan kami kerana kami boleh menyediakan platform untuk anda menjual produk dan perkhidmatan kami di kiosk tersebut. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk maklumat lanjut mengenai menjadi rakan niaga kami.